Bertarikh 13hb August 2013, hari raya ke-6, di samping cuti beraya, saya telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi ladang ternakan milik Tuan Jamhari, atau nama timangannya, Wak Jan.
Sebelum ini saya terlah bersua di talipon bersama anak beliau, En. Anas. Agak lama juga telah saya menghubunginya, tetapi, apakan daya, mungkin belum masa untuk bersua-muka. Hanya sehingga kini saja rezeki untuk bertemu dipermudahkan.
Terletak di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor, perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam memandu, melalui hi-way KESAS. Di kandang saya telah bertemu dengan Wak Jan, dan dibantu oleh pekerjanya. Seorang yang amat mesra, dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Berkeluasan hampir 3 ekar, kawasan ini digunakan dengan sebaik-baiknya. 1.5 ekar digunakan bagi pembinaan kandang dan rumah pekerja, manakala selebihnya digunakan untuk menanam rumput Gajah ( Napier ).
Bermula sebagai hobi untuk membantu anaknya, lama-kelamaan kerja yang dianggap hobi telah bertukar kepada kerja yang serius dan menguntungkan. Dibantu oleh isterinya dalam bidang masakan, telah membuka peluang yang lebih luas bagi Wak Jan untuk mengembangkan perniagaan ini.
En. Anas yang bertugas di Terengganu, bertindak sebagai agen pemasaran, manakala Wak Jan berperanan mengendalikan kandang secara sepenuh masa. Empat tahun sudah beroperasi, dan banyak liku-liku telah dilalui. Memang bukan satu bidang kerjaya yang mudah, tetapi, jika diusahakan dengan betul, pasti akan membuahkan hasil. Pernah gagal sebelum ini, tetapi itu tidak menjadi kayu ukuran untuk mengalah. Masalah-masalah dikenalpasti, dan akhirnya, semua itu dapat ditangani dengan baik.
Bermula dengan modal yang kecil, peluang itu digandakan dengan baik, dan sehingga kini, mampu untuk memiliki kambing lebih dari 150 ekor.
Nasihat beliau kepada saya, jika kita ada memiliki tanah, tetapi tidak mampu untuk menaikkan kandang bagi kambing, maka, tanamlah tanah itu dengan rumput Napier. Usahakan penanaman itu dengan baik, dan gunakannya sebagai alat untuk menjana modal. Dari hasil jualan rumput itu (dimana telah diproses menjadi Silaj), perlahan-lahan bina kandang, sehingga akhirnya, kandang itu dapat didirikan dan beroperasi dengan baik. Secara tak langsung, faktor permakanan dapat diatasi, di mana, pada awalnya telah menanam rumput.
Setelah mendengar nasihat itu, sedikit-sebanyak telah membuka ruang minda saya kepada cabang ternakan kambing. Ini secara tak langsung telah mencantas idiologi rata-rata pihak, dimana, modal yang tinggi amat diperlukan untuk memulakan penternakan kambing.
Dari sini dapat saya rumuskan, bahawa, perancangan dan strategi yang baik lagi tepat, amat perlu bagi menjayakan sesuatu perniagaan, bukan tertakluk kepada sumber kewangan semata-mata.
Monday, 23 September 2013
Lawatan ke ladang ternakan Haji Kassim ( Kuantan - Pahang )
Bertarikh 23hb July 2013, saya telah mendapat jemputan untuk turut serta meraikan majlis berbuka puasa di ladang ternakan milik Dato Asmawi. Beliau merupakan peserta Bengkel Transformasi Ruminan, yang saya temui pada 28hb Jun 2013 lalu.
Terletak di Felda Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang, memakan masa lebih kurang 3 jam memandu, jika bertolak dari Kuala Lumpur
Mempunyai ladang seluas 9 ekar, peluang kawasan yang sebesar ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh beliau. Setiap kawasan dirancang dengan baik bagi menempatkan beberapa kawasan seperti ladang ternakan lembu fidlot, kandang kambing, ladang ragut, rumah pekerja, dewan serbaguna, chalet, serta kawasan untuk penanaman rumput Napier, atau rumput gajah, bagi sesetengah pihak.
Mula beroperasi di awal tahun 2013, dalam masa yang singkat ini digunakan dan ditadbir dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Walaupun di usia setahun jagung, tetapi, corak penyusunan serta cara mengendalikan kawasan kandang ini telah hampir menyamai penternak-penternak berpengalaman yang lain. Ini telah membuktikan bahawa jika perancangan dibuat dengan baik, pasti boleh membuahkan hasil dalam masa yang singkat.
Beliau memilih untuk menternak lembu dan kambing secara serentak. Ini kerana beliau merasakan permintaan sentiasa ada bagi kedua-dua ternakan. Lembu bagi jualan tahunan, manakala kambing untuk jualan bulanan.
Lawatan saya bermula di sekitar jam 3:30 petang, dan tamat setelah selesai berbuka puasa di sebelah malamnya. Banyak yang dapat diperolehi sempena lawatan ini. Jika berpeluang, akan saya singgah semula ke ladang ini untuk mempelajari lebih mendalam akan ilmu penternakan.
Diharap pertemuan ini tidak berhenti setakat di sini sahaja.
Terletak di Felda Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang, memakan masa lebih kurang 3 jam memandu, jika bertolak dari Kuala Lumpur
Mula beroperasi di awal tahun 2013, dalam masa yang singkat ini digunakan dan ditadbir dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Walaupun di usia setahun jagung, tetapi, corak penyusunan serta cara mengendalikan kawasan kandang ini telah hampir menyamai penternak-penternak berpengalaman yang lain. Ini telah membuktikan bahawa jika perancangan dibuat dengan baik, pasti boleh membuahkan hasil dalam masa yang singkat.
Beliau memilih untuk menternak lembu dan kambing secara serentak. Ini kerana beliau merasakan permintaan sentiasa ada bagi kedua-dua ternakan. Lembu bagi jualan tahunan, manakala kambing untuk jualan bulanan.
Lawatan saya bermula di sekitar jam 3:30 petang, dan tamat setelah selesai berbuka puasa di sebelah malamnya. Banyak yang dapat diperolehi sempena lawatan ini. Jika berpeluang, akan saya singgah semula ke ladang ini untuk mempelajari lebih mendalam akan ilmu penternakan.
Diharap pertemuan ini tidak berhenti setakat di sini sahaja.
Penyambungan semula penulisan blog ...
Salam sejahtera semua buat para pembaca.
Kita kini di bulan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Dua bulan selepas kali terakhir saya meng-update post, yakni di bulan July 2013. Keadaan agak sibuk dengan tugas yang hendak diselesaikan, disamping memberi laluan kepada bulan Ramadhan, dan juga Hari Raya Aidil Adha. Tidak lupa juga sambutan Hari Malaysia yang baru berakhir pada 16 September 2013 lepas.
Banyak kandang yang telah saya lawati sempena dua bulan yang lepas, dan akan saya kongsikan bersama dalam masa yang terdekat ini.
Di harap para pembaca semua sudi meluangkan masa kembali untuk menjenguk semula ke laman blog saya ini.
Terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)