Monday, 23 September 2013

Lawatan ke Jariah Agro Farm ( Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor )

Bertarikh 13hb August 2013, hari raya ke-6, di samping cuti beraya, saya telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi ladang ternakan milik Tuan Jamhari, atau nama timangannya, Wak Jan.

Sebelum ini saya terlah bersua di talipon bersama anak beliau, En. Anas. Agak lama juga telah saya menghubunginya, tetapi, apakan daya, mungkin belum masa untuk bersua-muka. Hanya sehingga kini saja rezeki untuk bertemu dipermudahkan.


Terletak di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor, perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam memandu, melalui hi-way KESAS. Di kandang saya telah bertemu dengan Wak Jan, dan dibantu oleh pekerjanya. Seorang yang amat mesra, dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Berkeluasan hampir 3 ekar, kawasan ini digunakan dengan sebaik-baiknya. 1.5 ekar digunakan bagi pembinaan kandang dan rumah pekerja, manakala selebihnya digunakan untuk menanam rumput Gajah ( Napier ).






Bermula sebagai hobi untuk membantu anaknya, lama-kelamaan kerja yang dianggap hobi telah bertukar kepada kerja yang serius dan menguntungkan. Dibantu oleh isterinya dalam bidang masakan, telah membuka peluang yang lebih luas bagi Wak Jan untuk mengembangkan perniagaan ini.






En. Anas yang bertugas di Terengganu, bertindak sebagai agen pemasaran, manakala Wak Jan berperanan mengendalikan kandang secara sepenuh masa. Empat tahun sudah beroperasi, dan banyak liku-liku telah dilalui. Memang bukan satu bidang kerjaya yang mudah, tetapi, jika diusahakan dengan betul, pasti akan membuahkan hasil. Pernah gagal sebelum ini, tetapi itu tidak menjadi kayu ukuran untuk mengalah. Masalah-masalah dikenalpasti, dan akhirnya, semua itu dapat ditangani dengan baik.

Bermula dengan modal yang kecil, peluang itu digandakan dengan baik, dan sehingga kini, mampu untuk memiliki kambing lebih dari 150 ekor.

Nasihat beliau kepada saya, jika kita ada memiliki tanah, tetapi tidak mampu untuk menaikkan kandang bagi kambing, maka, tanamlah tanah itu dengan rumput Napier. Usahakan penanaman itu dengan baik, dan gunakannya sebagai alat untuk menjana modal. Dari hasil jualan rumput itu (dimana telah diproses menjadi Silaj), perlahan-lahan bina kandang, sehingga akhirnya, kandang itu dapat didirikan dan beroperasi dengan baik. Secara tak langsung, faktor permakanan dapat diatasi, di mana, pada awalnya telah menanam rumput.

Setelah mendengar nasihat itu, sedikit-sebanyak telah membuka ruang minda saya kepada cabang ternakan kambing. Ini secara tak langsung telah mencantas idiologi rata-rata pihak, dimana, modal yang tinggi amat diperlukan untuk memulakan penternakan kambing.

Dari sini dapat saya rumuskan, bahawa, perancangan dan strategi yang baik lagi tepat, amat perlu bagi menjayakan sesuatu perniagaan, bukan tertakluk kepada sumber kewangan semata-mata.

1 comment:

  1. Casino Tycoon Hotel in Reno | Mapyro
    Find Casino Tycoon Hotel, 제주도 출장안마 Reno, Nevada, United States, ratings, 목포 출장샵 photos, location maps, driving 구미 출장샵 directions, 동해 출장마사지 Casino Tycoon Hotel Casino in 양산 출장안마 downtown Reno, Nevada, United States

    ReplyDelete