Monday 23 September 2013

Lawatan ke ladang ternakan Haji Kassim ( Kuantan - Pahang )

Bertarikh 23hb July 2013, saya telah mendapat jemputan untuk turut serta meraikan majlis berbuka puasa di ladang ternakan milik Dato Asmawi. Beliau merupakan peserta Bengkel Transformasi Ruminan, yang saya temui pada 28hb Jun 2013 lalu.

Terletak di Felda Sungai Panching Timur, Kuantan, Pahang, memakan masa lebih kurang 3 jam memandu, jika bertolak dari Kuala Lumpur



Mempunyai ladang seluas 9 ekar, peluang kawasan yang sebesar ini telah digunakan sebaik-baiknya oleh beliau. Setiap kawasan dirancang dengan baik bagi menempatkan beberapa kawasan seperti ladang ternakan lembu fidlot, kandang kambing, ladang ragut, rumah pekerja, dewan serbaguna, chalet, serta kawasan untuk penanaman rumput Napier, atau rumput gajah, bagi sesetengah pihak.





Mula beroperasi di awal tahun 2013, dalam masa yang singkat ini digunakan dan ditadbir dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Walaupun di usia setahun jagung, tetapi, corak penyusunan serta cara mengendalikan kawasan kandang ini telah hampir menyamai penternak-penternak berpengalaman yang lain. Ini telah membuktikan bahawa jika perancangan dibuat dengan baik, pasti boleh membuahkan hasil dalam masa yang singkat.




Beliau memilih untuk menternak lembu dan kambing secara serentak. Ini kerana beliau merasakan permintaan sentiasa ada bagi kedua-dua ternakan. Lembu bagi jualan tahunan, manakala kambing untuk jualan bulanan.




Lawatan saya bermula di sekitar jam 3:30 petang, dan tamat setelah selesai berbuka puasa di sebelah malamnya. Banyak yang dapat diperolehi sempena lawatan ini. Jika berpeluang, akan saya singgah semula ke ladang ini untuk mempelajari lebih mendalam akan ilmu penternakan.

Diharap pertemuan ini tidak berhenti setakat di sini sahaja.

1 comment:

  1. Assalam Tuan,

    Bantu sy tuan.
    Hubungi sy 012 766 2852
    Syakirin
    Rompin Pahang

    Terima Kasih

    ReplyDelete